Sunday, May 15, 2011

Peserta Raja Lawak didakwa menipu?


Membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri mereka.


LAZIMNYA jika seorang individu yang keluar dari menyertai rancangan televisyen realiti pasti meraih populariti. Menjadi orang ternama, sekali gus punya ramai peminat.

Kini khabarnya pelawak berkenaan dilingkari banyak cerita-cerita yang kurang enak didengar. Ini bukan lawak dan orang yang mendakwa terlibat dalam cerita ini juga bukan buat lawak.

Apabila ramai peminat tentulah ada terselit antara mereka yang jatuh cinta denganya. Apabila jatuh cinta, sesetengah orang mereka ikut hilang kewarasan hingga tidak dapat membezakan antara baik dan sebaliknya.

Setakat ini, ada seorang wanita mendakwa sebagai tunang dan seorang kekasih tampil membuat pendedahan. Mengatakan cinta mereka disambut mesra oleh lelaki berkenaan. Kerana cinta, kedua-dua wanita ini mendakwa mereka dipaksa berkorban wang ringgit untuknya.

Tak kira sumber pemberian itu dari gaji bulanan atau wang simpanan. Kalau tak cukup, lelaki yang dikenali dengan nama “S” itu akan pujuk supaya mereka membuat pinjaman peribadi di bank.

Kesemua kejadian itu berlaku antara sedar dan tidak. Terutama ketika saat menghulurkan wang secara berdikit kepadanya. Kesemua wang itu diberikan itu kononnya untuk kegunaan saraan harian “S”. Seperti wang rokok, minyak kereta atau belanja tambah nilai telefon prabayar.

Dalam kata lain mereka mendakwa menyara “S” yang dikatakan berstatus bujang. Itu tak termasuk pembiayaan untuk membeli barang yang diingini Leman. Seperti telefon mudah alih atau komputer.

Biarpun kedua wanita ini tak saling mengenali pada mulanya. Bagaimanapun dipertemukan akhirnya di alam maya. Rasa ingin saling mengenali memuncak. Kuat kerana naluri wanita mereka mengatakan mereka adalah mangsa pelawak itu.

Berjurailah air mata semasa pertemuan dengan Pancaindera lewat petang Isnin lalu. Bagaikan letusan gunung api, dua wanita ini mencurahkan rasa tidak puas hati. Mereka membuka kekhilafan diri.

Berbekalkan semangat yang masih berbaki, mereka membuat laporan Di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dua hari selepas itu. Tujuannya untuk keselamatan diri. Mereka menegaskan bahawa pendedahan tersebut untuk menegakkan kebenaran, selain peringatan buat mangsa-mangsa “S” seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: