
Pengarah Urusannya, H.K. Kwon berkata, konsep barangan berteknologi hijau diperkenalkan ini adalah sebagai penyelesaian kepada gaya hidup terkini yang inginkan suasana selesa, pantas, jimat tenaga dan tanpa mencemar alam sekitar.
Menurutnya, pada ketika ini, 80 peratus daripada produk keluaran LG telah ditransformasikan kepada teknologi terkini dengan jaminan hayat motor selama 10 tahun.
“Kami adalah pelopor dalam menawarkan jaminan hayat ke atas motor ke atas barangan segmen perkakasan rumah selaras misi menjadi pengeluar utama dengan menguasai 20 peratus ke atas pasaran segmen itu di Malaysia tahun ini,” katanya selepas melancarkan Kempen Kesihatan Hijau dan rangkaian perkakasan rumah mesra alam di Petaling Jaya, semalam.
Beliau berkata, penguasaan pasaran jenama LG di Malaysia ketika ini telah mencecah 10 hingga 20 peratus dengan kedudukan antara tempat ketiga dan keempat kalangan jenama lain.
“Kami akan sentiasa memperkenalkan produk seiring perkembangan teknologi baru agar ia membantu memudahkan rutin harian pengguna seperti mesin basuh yang mampu mencuci kasut, menggantikan kaedah konvensional dan hasilnya sama dengan cucian tangan,” katanya.
LG adalah jenama dipercayai dan pilihan ramai dan syarikat itu berjaya menghasilkan perolehan tahunan mencecah AS$200juta.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: