
Ketua Pegawai Ekse-kutifnya, CK Tan berkata, Munchy’s kini berusaha mengedar produknya di 100 negara menjelang tahun 2020 berbanding kini yang mencecah pasaran di 60 negara.
Menurutnya, bukan pencapaian mustahil kerana jenama ini sentiasa mencuba cara baru untuk mencapai hasrat itu.
“Inovasi serta bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) tersendiri melonjakkan jenama ini dengan memperkenalkan produk pertama se-perti Munchy’s Mini, rangkaian biskut krunch, kraker krim dan terbaru, biskut Captain Munch.
“Kesemua produk unik ini adalah hasil pemahaman mendalam Munchy’s terhadap konsumer,” katanya semasa merasmikan penjenamaan semula syarikat berkenaan dan melancarkan empat maskotnya Funbotsnya, DJ Mixer, Chop Chop, Micheal Oven dan Beat Box.
Tan berkata, nama Munchy’s diterbitkan daripada istilah Mandarin ‘Mai Qi’- ‘Mai’ bermaksud tepung atau gandum dan ‘Qi’, ialah magis.
“Hari ini, magik itu terus membangun dan semakin teguh, malah Munchy’s mengekalkan kualiti ketat dalam penghasilannya,”katanya.
Beliau berkata, bagi berkongsi kegembiraan empat karakter ikonik telah diberi misi untuk bergerak ke kota membawa keseronokan nakal untuk dikongsi bersama.
“Matlamat kami semasa ulang tahun ke-20 ini adalah untuk meraikan saat penting bersama mereka yang akan bertemu dengan kami buat pertama kalinya.
“Keempat personaliti ceria Munchy’s akan membuat lawatan mengejut dari Batu Pahat hingga ke Kuala Lumpur, jadi mereka mungkin akan muncul di sambutan hari jadi atau majlis perkahwinan.
“Munchy’s ingin berkongsi kemeriahan dan konsumer dipelawa bertemu dengannya dan ini pastinya akan menjadi sambutan Ulang Tahun ke-20 yang penuh memori serta bermakna buat Munchy’s juga kemeriahannya bermula dari sekarang,”katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: