Tuesday, May 10, 2011

Pengabadian Warisan Baba Nyonya


LAZAT... Satu lagi masakan yang akan dipaparkan dalam program dapur nyonya


HAMPIR lima dekad mengabdikan diri dalam bidang masakan, chef selebriti berketurunan Baba Nyonya, Florence Tan, 66, mengakui bangga apabila stesen televisyen TV3 mengetengahkan masakan tradisi kaum itu.

Sejak 19 April lalu, program Dapur Nyonya telah pun menemui penonton TV3 pada setiap hari Selasa, pukul 10 pagi menerusi slot Senda Pagi yang dikendalikan oleh Florance.

Tidak tampil mengacara secara solo, Florence ditemani Ratu Cantik Universe Malaysia 2005, Chermaine Poo selaku pengacara bersama Dapur Nyonya yang diterbitkan sebanyak 25 episod.

Kata Folrence, dia begitu teruja tatkala mendapat tawaran untuk memperkenalkan masakan Baba Nyonya kepada umum kerana belum ada program seumpama itu sebelum ini.

"Ini adalah masanya untuk saya berkongsi pelbagai resipi masakan warisan keluarga saya kepada penonton TV3.

"Sekurang-kurangnya resipi masakan Baba Nyonya tidak pupus ditelan zaman.

"Bahkan menu sajian yang ditonjolkan dalam program ini diwarisi turun-temurun sejak 400 tahun lalu," ujar Florence ketika ditemui pada majlis pelancaran Dapur Nyonya di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ditanya apakah elemen utama yang menjadi signature dalam masakan Baba Nyonya, kata Florence, kebanyakan masakan ditumis terlebih dahulu.

Jelas Florance, masakan Baba Nyonya tidak dipengaruhi oleh cara masakan orang Melayu kerana ramuan masakan Baba Nyonya banyak mengunakan rempah ratus.

Selain itu, tambah Florance yang mula ke dapur sejak berusia enam tahun, masakan Baba Nyonya juga banyak menggunakan kicap pekat, kicap cair dan cendawan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: