Monday, May 23, 2011

Penduduk bantah projek berhampiran kediaman


PENDUDUK Taman Berkeley mengadakan bantahan terhadap cadangan projek pembinaan bangunan 22 tingkat di kawasan kediaman mereka di Klang semalam.


KLANG - Penduduk Taman Berkeley di sini membantah cadangan projek pembinaan bangunan setinggi 22 tingkat milik sebuah syarikat pengendali rangkaian pasar mini di kawasan kediaman mereka kerana didakwa akan mendatangkan pelbagai masalah.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Berkeley, Datuk Ang Thye Chin berkata, projek yang bakal dibina di atas tanah seluas 1,393 meter persegi itu berisiko tinggi menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku di Persiaran Rajawali dan Jalan Angsa di taman tersebut.

Menurutnya, selain itu, pencemaran air dan bunyi boleh terjadi sepanjang kerja-kerja pembinaan bangunan yang mengandungi pejabat urusan syarikat terbabit, ruang perniagaan, pejabat, bank dan tempat letak kereta tersebut dijalankan.

"Kami penduduk tidak mahu kawasan kediaman yang selama ini aman dan damai tanpa sebarang gangguan bertukar menjadi lokasi yang sesak dan bising akibat projek pembinaan ini," katanya ketika berucap pada satu majlis dialog di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: