Monday, May 23, 2011

Pembalak guna diesel subsidi terbongkar


ANGGOTA KPDNKK memeriksa sebuah tangki yang mengandungi minyak diesel bersubsidi di satu kawasan hutan simpan di Maran kelmarin.


KUANTAN - Kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi dalam satu operasi pembalakan terbongkar apabila sekumpulan pegawai Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang melakukan serbuan di satu kawasan hutan simpan di Maran dekat sini kelmarin.

Pengarahnya, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu, pihaknya merampas 4,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM7,200 yang disimpan di dalam sebuah tangki minyak berhampiran rumah kongsi pekerja di situ.

"Pemeriksaan dilakukan oleh tiga pegawai KPDNKK dan dua wakil syarikat teknologi nano menggunakan teknologi nano mendapati, minyak diesel tersebut adalah minyak diesel bersubsidi.

"Minyak tersebut dipercayai disimpan di situ untuk kegunaan operasi pembalakan," katanya kepada pemberita di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: