|
Baru-baru ni kecoh dengan gambar pelakon baru yang dicemuh di blog-blog dan surat khabar kerana dikatakan terlalu alpa mengejar populariti sehingga sanggup menayangkan gambar separa bogel miliknya. Mungkin ramai yang belum mengenali siapa wanita berani ini, dan mungkin juga ramai yang tidak mengetahui apa niat sebenar wanita ini merakamkan aksi panas sebegini. Bukan mahu mencari publisiti murahan, tapi Nurul Ain Nordin mahu jelaskan hal sebenar. Tidak pernah terlintas gambar asal yang diambil dengan tujuan gambar poster promosi dalam filem sulung lakonannya yang berjudul Suatu Malam Kubur Berasap ini tersebar di Internet lantas dijadikan bahan umpatan. Nurul Ain atau Ain mengakui terkilan dan kecewa dengan perkara ini. Baru memulakan kerjaya dalam bidang lakonan, menurut Ain yang juga seorang model sambilan, dia tidak berniat langsung menjadikan gambar itu sebagai batu loncatan untuk dia mencari populariti, malah dia juga mengaku tidak mengetahui siapa yang sebenarnya menyebarkan gambar itu kepada umum. "Gambar ini dirakam oleh isteri bos saya di dalam studio kami untuk dijadikan poster filem Suatu Malam Kubur Berasap tetapi ia bukanlah final product, menurut mereka, hanya separuh gambar yang akan digunakan dan di bahagian bawah (bahagian punggung) akan diedit oleh pereka grafik dengan ifek akar, kurap dan sebagainya untuk diberikan kesan hantu.Tapi tak sangka, gambar asal ini tersebar terlebih dahulu sebelum poster itu keluar. "Saya tidak tahu bagaimana gambar ini boleh tersebar, dan sewaktu terbaca artikel di akhbar, saya memang terkejut. Saya tidak sangka akan dihemtam dengan begitu teruk. "Saya dikatakan artis haprak. Bagi saya, saya tidaklah haprak, tetapi saya akur kerana mungkin saya terlalu berfikiran terbuka sehingga sanggup berpakaian sebegitu ketika itu. "Setelah apa yang berlaku, saya tidak berniat mahu mengambil tindakan pada sesiapa. Mungkin ada orang yang tidak jujur dan bertanggungjawab cuba menyebarkan gambar ini kepada umum, tetapi sekiranya saya ambil tindakan sekalipun, gambar tersebut tetap tidak boleh ditarik semula," jelas Ain. Dibuang Universiti? Baru berusia 23 tahun, Ain sebenarnya masih menuntut di Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM), dalam Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik. Malangnya, semenjak gambar panas ini tersebar di internet dan akhbar, Ain diberikan surat peringatan daripada universitinya. Biarpun perkara ini masih di dalam perbincangan, namun sekiranya pihak universiti mendapati dia bersalah, maka dia boleh dibuang daripada meneruskan pengajian. "Inilah kesan yang saya terima setelah akhbar menghentam saya gara-gara gambar itu. "Saya hanya tinggal satu kertas sahaja lagi, sebelum tamat belajar pada tahun ini, jadi rugi jika saya dibuang kerana perkara sebegini. "Saya akan berbincang dengan dekan saya, Prof. Madya. A. Razak Mohaideen dan akan menceritakan perkara sebenar tentang gambar itu," jelasnya. Ibu Marah-Marah Masih baru dalam selok belok dunia hiburan ini, ternyata Ain agak kekok menguruskan kontroversi ini. Mengakui dimarahi oleh ibunya, dia juga perlu berhati-hati dimasa akan datang supaya perkara sebegini tidak akan berulang kembali. "Tak dinafikan, ibu saya sangat marah bila membaca artikel mengenai gambar ini, tapi apa boleh buat ia sudah pun tersebar," luah Ain. Ain juga sebenarnya belum bersedia untuk memberi kenyataan kerana takut ia akan disalahanggap sesetengah pihak. Dia bimbang akan dituduh jual publisiti murah. Dia mahu berdiam dulu. Bukan mahu melarikan diri, sebaliknya dia tidak mahu mencari salah mana-mana pihak. "Saya bimbang kalau-kalau kenyataan saya akan menyinggung hati bos saya. Saya takut kenyataan saya akan menampakkan saya menyalahkan bos saya pula. Bukan itu niat saya," katanya yang juga bekerja sebagai Penolong Penerbit di Out Loud Studios. Namun apabila ditemui media selepas selesai menjadi model pada majlis pelancaran buku kompilasi terbaru terbitan Utusan Karya di Saloma Bistro, Kuala Lumpur semalam, Ain tidak mampu mengelak lagi. "Saya ada tanya wartawan yang mengundang saya, sama ada hari ini ada sesi temu bual atau tidak, dia kata tidak. Tapi tak apalah! Dah anda semua tanya... saya jelaskanlah," kata Ain yang kelihatan tabah berdepan soalan yang menyentuh pasal maruah dan harga dirinya. |
Saturday, May 21, 2011
Nurul Ain terkilan jadi cemuhan ramai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: