
PUTRAJAYA - Kerajaan menjangkakan nilai subsidi pada tahun ini meningkat kepada RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion pada tahun lalu ekoran kenaikan harga minyak dunia.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM18 bilion adalah nilai subsidi bagi produk petroleum iaitu RON 95, diesel dan gas asli cecair (LPG).
"Walaupun begitu, dari semasa ke semasa, di mana yang difikir wajar untuk dibantu, maka sektor berkenaan akan dibantu terutama daripada segi bahan keperluan pengguna seperti gas masak LPG kerana ia digunakan secara meluas.
"Tetapi kita tidak boleh mengekalkan kadar subsidi. Ada peringkat tertentu yang difikirkan wajar, kadar itu akan dikurangkan.
"Maknanya secara keseluruhannya, walaupun subsidi perlu tetapi hanya untuk sektor yang utama sahaja dan dasar telah dikuatkuasakan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat mengikut sektor tertentu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga Yang Pertama di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: