Tuesday, May 3, 2011

Nafsu perompak dua ekor ayam


ABDUL HAMID menunjukkan bagaimana kepalanya dipukul dengan alat senaman besi oleh dua penjenayah yang menceroboh rumahnya di Teluk Intan semalam.


TELUK INTAN – Barang yang disamun tidaklah sebanyak mana namun kecederaan yang dialami oleh empat sekeluarga menunjukkan seolah-olah mereka menghalang satu rompakan kedai emas apabila dibelasah oleh dua penjenayah bersenjatakan sebatang besi tanpa belas kasihan.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi di Kampung Permatang Jambu, Degong, Langkap dekat sini semalam, dua penyamun yang memakai penutup mata ala watak ‘Batman’ hanya dapat melarikan dua telefon bimbit, wang RM38 dan dua ekor ayam kampung milik mangsa.

Lebih kejam apabila penjenayah itu sanggup memukul kepala salah seorang mangsa yang sarat mengandung lapan bulan.

Mengimbau semula kejadian tersebut, Abdul Hamid Mahmud, 61, memberitahu, ketika kejadian dia bersama isteri, Saimiah Warijo,56 serta dua anak, Siti Fairuz, 28 dan Yazid, 23, sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan oleh penyangak yang masuk melalui tingkap ruang tamu yang diumpil.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment