
DALAM menghasilkan graduan berkualiti tinggi, universiti perlu memainkan peranan penting dalam membangunkan aspek jati diri dan kemahiran generik dalam kalangan mahasiswa.
Justeru sebagai menggalakkan mahasiswa aktif dalam berpesatuan majlis penghargaan adalah satu medium yang dapat memberi penghormatan kepada mereka yang terlibat dalam mengharumkan nama universiti s
Atas inisiatif itu, baru-baru ini Kolej Tun Razak dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Dan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Malam Anugerah Tun Razak 2010 (MATR'10) yang bertemakan "Kenangan Mengusik Jiwa sebagai medium untuk meraikan jasa dan pengorbanan warga Kolej Tun Razak.
Majlis itu telah berlangsung di Hotel New York, Johor Bahru dengan agenda utama memperkenalkan barisan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Razak sesi 2011 yang baru dilantik dan penyampaian anugerah.
Sebanyak 23 anugerah telah disampaikan pada majlis ini.
Majlis itu telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md.Salleh.
Hadir sama, Pengarah Alumni UTM, Dr.Othman Ibrahim dan Pengetua Kolej Tun Razak, Dr.Ahmad Johari Sihes.
Majlis itu juga diserikan dengan pelbagai persembahan menarik dan menghiburkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: