KETIKA kebanyakan filem yang sudah siap masih menunggu tarikh penayangan daripada Skim Wajib Tayang, berlainan pula dengan filem Mantera apabila ia bakal masuk ke pawagam tanpa melalui proses seperti yang lazimnya dilakukan oleh penerbit filem tempatan.Filem diterbitkan Flare Studios Sdn Bhd (FSSB) dengan menggabungkan tiga negara, Malaysia, Russia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu dikatakan akan menembusi panggung di 80 negara.
Ketua Pegawai Perhubungan Awam FSSB, Khairul Anuar Md Ariff berkata, apabila semua proses pasca produksi selesai, Mantera tunggu masa tayangan hanya akan menunggu kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan seterusnya menunggu tarikh ditayangkan.
“Buat masa ini kerja-kerja akhir sedang giat dijalankan dan dijangkakan akan dapat ditayangkan pada November tahun ini. Walaupun belum siap sepenuhnya, pada penghujung tahun lalu, sedutan filem ini sudah pun ditayangkan di Festival Filem Dubai.
“Pada 10 Februari lalu, Mantera tunggu masa tayangan sekali lagi ke Festival Filem Berlin untuk menyertai pasaran bebas,” katanya kepada Hip.
Khairul Anuar berkata, walaupun mendapat permintaan agak baik daripada luar negara, tetapi pihaknya masih memberi keutamaan untuk ditayangkan di tempat sendiri terlebih dulu.
Disebabkan penayangannya tidak melalui Skim Wajib Tayang, FSSB menjalinkan usaha sama bersama Golden Screen Cinemas (GSC) dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
“Kami menyedari proses Wajib Tayang yang diperkenalkan untuk membantu produser tempatan, namun selepas berbincang bersama GSC kami bersedia meletakkan harapan kepada filem ini bergerak sendiri.
“Alasannya, kekuatan sesebuah filem bergantung kepada kehendak peminat yang ingin menonton. Tidak dinafikan filem yang baik ditambah pula mendapat sokongan dengan wajib tayang tetap akan berjaya.
“Namun, ada filem yang tidak baik dihasilkan dan dibantu oleh Wajib Tayang tetap tidak berjaya. Kami bercadang menayangkan Mantera tunggu masa tayangan hujung tahun ini. Kami juga berasakan ia tidak akan dapat tarikh yang diinginkan kalau melalui proses Wajib Tayang,” katanya.
Guna pelbagai bahasa
FILEM Mantera tunggu masa tayangan menjalani penggambaran selama 64 hari bermula November 2009 di Kuala Lumpur, Dubai dan Russia, mencatat pelbagai pengalaman manis bekerjasama dengan tenaga kerja negara luar selain mendalami ilmu perfileman.
Biarpun kali pertama kerjasama ini dijalankan, namun produksi tempatan tidak menghadapi masalah menyudahkan filem robotik ala Hollywood seperti Transformers dan Iron Man itu.
Pengarahnya, Mohd Aliyar Ali Kuthy berkata, pengalaman yang ditimba sepanjang menjalani penggambaran di negara luar cukup menarik untuk dikongsi bersama produksi tempatan.
“Walaupun ini pengalaman pertama kerjasama ini dijalankan, namun dengan persediaan rapi dan kajian mendalam, kami berjaya menyiapkan filem yang kami fikir cukup menarik.
“Sepanjang penggambaran, kami berhadapan dengan kerenah enam bahasa berbeza. Kami menggunakan bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan Russia namun itu semua bukan masalah besar kerana komitmen kerja mereka begitu menakjubkan.
“Kebanyakan kru dari luar negara tidak fasih berbahasa Inggeris, tetapi komitmen dan gaya kerja yang profesional mereka cukup tinggi,” katanya mengenai filem yang menjalani 60 peratus penggambaran di Malaysia, Dubai (35 peratus) dan Russia (5 peratus).
Antara tenaga kerja luar negara yang digunakan adalah dari Palestin, Tunisia, Pakistan, Mesir dan Bahrin untuk bahagian teknikal, jurusolek pula dari Afrika Selatan, pereka busana dari Iraq dan pembantu pengarah dari Iran.
Sinopsis
MANTERA mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia, iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia dinamakan Mantera tunggu masa tayangan yang juga motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik. Ketua pereka Mantera tunggu masa tayangan, Dr Natasha menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera tunggu masa tayangan. Dia menghilangkan diri dengan kertas kerja Mantera tunggu masa tayangan.
Sisa dan cebisannya secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman. Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera tunggu masa tayangan sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju perisai robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan luar biasa kepada pemakainya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: