
Kaji selidik keyakinan perdagangan terbesar seluruh dunia itu turut menunjukkan perniagaan di India, Arab Saudi dan Mexico adalah paling memberangsangkan berhubung prospek perdagangan.
“Perniagaan Malaysia lebih bersikap konservatif kerana mereka sedar apa yang berlaku di dunia kerana kita adalah pasaran digerakkan eksport,” kata Pengarah Urusan Perbankan Komersil HSBC Bank Malaysia, David Morton (gambar).
Perniagaan Malaysia begitu berhati-hati kerana jangkaan pertumbuhan disederhanakan oleh kebimbangan berkaitan dengan kenaikan kos dan kadar faedah, margin rendah serta permintaan tidak menentu, kata beliau ketika taklimat media mengenai kaji selidik itu di Kuala Lumpur.
Menurutnya, indeks global untuk separuh kedua tahun ini kukuh dengan perdagangan antara serantau terus menyokong aktiviti perdagangan global.
Kaji selidik meliputi 21 pasaran itu adalah kaji selidik antarabangsa yang mengandungi sentimen dan jangkaan dalam tempoh enam bulan berhubung aktiviti perdagangan dan pertumbuhan perdagangan pasaran kecil dan sederhana terlibat dalam urus niaga keseluruhan sempadan.
Morton berkata, sekalipun tahap keyakinan perdagangan berkurangan di Malaysia, HSBC percaya kelonggaran dalam undang-undang pentadbiran baru-baru ini mengenai transaksi tukaran asing akan menggalakkan lebih kecekapan dalam pengendalian perdagangan antarabangsa, sekali gus meningkatkan persekitaran perniagaan yang kondusif.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: