KUARTERS Institusi Pendidikan (KIP) Kampung Pandan, di Kuantan yang mempunyai empat blok dengan 80 unit rumah kediaman serta dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk surau tetapi hanya dihuni enam keluarga.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 unit kuarters guru, khususnya di luar bandar di seluruh negara dikatakan terbiar begitu saja kerana tidak didiami oleh guru yang bertugas di kawasan berkenaan atas pelbagai faktor termasuk lokasinya yang tidak sesuai dan tidak diselenggara dengan sempurna.Ada sesetengahnya semakin usang kerana tidak didiami dan kelihatan umpama ‘rumah berhantu’ jika dilihat dari luar. Ramai guru dikatakan enggan mendiami kuarters berkenaan kerana lokasinya yang terletak di luar bandar, jauh dari kemudahan awam dan sunyi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: