Tuesday, May 17, 2011

Krisis kewangan dunia dijangka pulih



Krisis kewangan dunia dijangka pulih selepas harga minyak dunia stabil dan pertumbuhan ekonomi Jepun meningkat.

Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Asan Ali Golam Hassan berkata, kedua faktor mendorong pertumbuhan ekonomi dunia, namun bila krisis akan berakhir tidak dapat ditentukan.

Menurutnya, ia bergantung kepada keadaan politik semasa, terutama di Timur Tengah, yang memberi kesan kepada kenaikan harga minyak dunia dan bencana alam yang berlaku di Jepun baru-baru ini memberi impak begitu ketara pada krisis kewangan yang masih berlanjutan sejak empat tahun lalu.

”Apabila harga minyak dunia kembali stabil dan ekonomi Jepun semakin pulih selepas bencana alam, kestabilan ekonomi dunia dijangka semakin baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung krisis kewangan melanda dunia kini sudah mencatatkan rekod baharu disifatkan sebagai krisis mata wang pa-ling lama melanda dunia masuk tahun keempat.

Asan berkata, kesan kepada ekonomi Malaysia, kerajaan perlu mengawal kenaikan harga barangan daripada memberi impak ketara kepada pengguna.

”Kenaikan harga minyak memberi impak kepada peningkatan kos pengeluaran barangan. Kerajaan perlu bertindak mengawal harga barangan sama ada pemberian melalui subsidi atau harga siling agar pengguna tidak terbeban,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: