Tuesday, May 24, 2011

Kondominium pertama RM110 juta di Alor Setar


AZIZAN (dua dari kanan) melihat dari dekat lakaran gambar bangunan kondominium Amansuri Residences sambil diberi penerangan oleh Mohd. Saad (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Belleview Datuk Sonny Ho Kiong Chan (kanan).


ALOR SETAR - Bina Darulaman Berhad (BDB) melalui usaha sama dengan Belleview Bina Sdn. Bhd. (Belleview) akan membangunkan sebuah kondominium pertama di bandar raya ini tidak lama lagi.

Kondominium Amansuri Residences yang dijangka membabitkan pelaburan sebanyak RM110 juta itu akan mempunyai dua blok bangunan dan akan mula dibina pada November ini.

Menurut Pengerusi BDB, Datuk Mohd. Saad Endut, cadangan pembinaan kondominium itu timbul serentak dengan rancangan untuk membangunkan semula Kompleks Tunku Yaacob dan hotel bertaraf antarabangsa di atas sebidang tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang telah terbiar selama 16 tahun di sini.

"Kondominium itu akan mempunyai dua blok bangunan masing-masing setinggi 22 dan 25 tingkat di samping memiliki 227 unit rumah serta enam unit penthouse.

"Antara kemudahan lain yang akan disediakan di situ ialah kemudahan tempat letak kereta, kolam renang, dewan serbaguna, gimnasium di samping kawalan keselamatan yang ketat," katanya pada majlis memeterai perjanjian usaha sama projek tersebut di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: