Wednesday, May 11, 2011

Kerajaan ubah pendekatan belia


AHMAD SHABERY (tengah) menyampaikan watikah pelantikan ahli Majlis Perundingan Belia Negara kepada Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee (kanan) di Kuala Lumpur semalam. Di kiri ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed.


KUALA LUMPUR – Makmal Transformasi Pembangunan Belia yang diperkenalkan pada tahun lepas telah berjaya mengetengahkan beberapa cadangan baru untuk menarik minat generasi muda menyertai program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, semua hasil penemuan makmal itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan untuk dinilai.

Menurutnya, makmal tersebut dianggotai oleh wakil-wakil daripada beberapa kementerian dan agensi serta pegawai-pegawai belia yang masih muda.

“Antara cadangan yang diterima daripada makmal tersebut ialah kerajaan perlu mengubah pendekatan terhadap belia mengikut keadaan semasa belia terbabit,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: