Nizam gemar menghabiskan masa di rumah pada waktu lapang. KEDIAMAN jenis apartmen kini semakin mendapat tempat di hati kebanyakan golongan bujang atas beberapa sebab seperti ringkas, mudah dihias kerana keluasannya agak terhad dan mungkin juga kerana faktor kosnya yang lebih murah jika dibandingkan dengan harga rumah teres atau banglo.
Berbeza...Lari dari warna merah, ruang tamu tertumpu kepada kombinasi warna kelabu, putih dan hitam.Pun begitu, ada juga yang berpendapat apartmen bukanlah satu jenis kediaman yang menjadi pilihan kerana faktor ruang yang terbatas selain tidak memiliki halaman di luar.
Patung kecil dan tempayan memberikan sentuhan nusantara pada dekorasi. Namun ia bukanlah satu masalah bagi Nizam Samat, 33, yang memilih kediaman jenis apartmen tiga bilik di Bandar Kinrara, Puchong sebagai tempat tinggal.
Kombinasi warna merah, putih dan hitam memberikan kesan dramatik.Ketika mula melangkah masuk ke rumahnya, terdetik di hati penulis tentang faktor keluasan yang sering menjadi igauan mereka yang inginkan rumah yang lapang, luas dan selesa.

Namun, persepsi itu berubah apabila berpeluang melihat sendiri cara Nizam memainkan susun atur perabot dan penggunaan warna latar dinding rumahnya.
Bola rotan menyuntik elemen tradisional kontemporari dalam dekor rumah. Menyusuri apartmen yang dikongsi bersama dua lagi rakan baiknya, Abuzar Khalid dan Nasrul Salehuddin, rona merah melatari dinding memberikan kehangatan kepada konsep yang ingin ditonjolkan.
Ruang menonton turut mendapat sentuhan ajaib pemilik.“Kebetulan ketika berpindah ke rumah ini warna dindingnya memang merah seperti konsep yang dimahukan dan saya hanya melakukan sedikit perubahan terhadap kemasannya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Kerusi antik berona putih dihias dengan sebuah patung beruang menghiasi sudut kamar beradu utama.Menariknya mengenai kediaman pilihan Mingguan mStar minggu ini, kreativiti dan kebijaksanaan pemiliknya mengubahsuai barangan lama dan terpakai mencuri tumpuan mata.
Latar dinding dari rona hijau epal dilembutkan dengan penggunaan cadar putih pada katil. “Tidak semestinya membeli perabot lama tidak akan memberikan impak dalam tatarias rumah kerana dengan sedikit kerativiti ia akan mengubah perabot yang kelihatan murah tampak lebih mahal,” ujarnya yang gemar menghabiskan masa di rumah ketika waktu lapang.
Sebuah jam lama berkonsepkan inggeris menghiasi dinding.Bercerita mengenai konsep rumah tersebut, Nizam yang bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah antarabangsa berkata, dia tidak meletakkan sebarang konsep pada pemilihan perabot tetapi lebih tertarik kepada penggunaan perkakas dari rona putih.
Ini kerana baginya, warna putih lebih mudah disuaipadankan dengan pelbagai jenis barang berbanding warna lain dan ada di antara perabot yang dibeli dicat semula dengan warna putih untuk disesuaikan dengan konsep yang dikehendaki.
Tumbuhan hijau turut dijadikan perhiasan dalam rumah.“Saiz sesebuah kediaman bukan satu alasan untuk seseorang menghias rumah mereka supaya menjadi sebuah tempat yang cantik dan selesa.
“Bukan kegahan perabot menjadi pilihan tetapi keselesaan dan perasaan gembira dengan kediaman itu paling utama dalam menghias,” katanya mengakhiri perbualan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: