Monday, May 16, 2011

Katie Holmes hamil lagi?




ISTERI aktor Tom Cruise, Katie Holmes sedang berhadapan dengan khabar angin yang mengatakan dirinya kini hamil. Berita tersebut tersebar selepas muncul beberapa keping gambar yang menunjukkan perubahan fizikalnya, daripada kurus kepada gemuk.

Gambar tersebut sempat dirakamkan jurugambar sewaktu dia sedang membeli-belah di sebuah pusat beli-belah.

Waktu itu, mantan bintang drama bersiri Dawson’s Creek itu menyarung pakaian berwarna merah jambu dengan perutnya kelihatan sedikit buncit.

Gambarnya disiarkan akhbar DailyMail, malah sebuah majalah terbitan Amerika Syarikat pula, OK!, dengan yakin mengesahkan berita tersebut dan mendakwa Holmes mengaku dirinya kini sedang hamil anak kedua.

OK! juga mendakwa, ibu berusia 33 tahun itu begitu teruja dan berkongsi berita gembira tentang kehamilannya dengan rakan-rakan rapatnya.

Bagaimanapun, berita itu dibantah oleh wakil Holmes, Ina Treciokas.

“Dia tidak hamil,” kata Treciokas dengan tegas dan mendakwa gambar-gambar tersebut dibuat dengan menggunakan teknik tindan tindih.

Tetapi pihak yang merakamkan tersebut, XPosure mendakwa ia sebagai gambar asli.

“Kami tidak mengubah gambar agar orang terlihat gemuk, kurus, hamil dan sebagainya,” kata David Taylor jurucakap XPosure.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: