![]() |
| Kakitangan Universiti Teknologi Malaysia Melaka mencatat sejarah tersendiri apabila 14 kakitangannya berjaya menawan gunung tertinggi Asia Tenggara, Gunung Kinabalu pada 19 April lalu. |
MELAKA 10 Mei - Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM) mencatat sejarah tersendiri apabila 14 kakitangannya berjaya menawan gunung tertinggi Asia Tenggara, Gunung Kinabalu pada 19 April lalu.
Kejayaan tersebut turut diraikan enam ahli daripada Kelab Esprit de Corp Bukit Katil yang menyertai ekspedisi tersebut. Lebih manis, mereka berjaya merealisasikan hajat untuk mengibar bendera negeri Melaka sempena sambutan Ulang Tahun Kelapan pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah. Pengarah Program Misi Menawan Puncak Kinabalu, Mohd. Rusdi Isohod berkata, kejayaan tersebut membuka lembaran baru kepada kakitangan UTeM untuk meneruskan misi pendakian yang akan dirancang selepas ini. "Misi kami adalah untuk mengibar bendera Melaka dan ia menjadi kenyataan apabila kesemua pendaki daripada UTeM dan Kelab Esprit de Corp Bukit Katil berjaya sampai ke puncak tanpa sebarang masalah,'' katanya di sini baru-baru ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: