Saturday, May 21, 2011

Jangan ragui status halal susu UHT 1Malaysia


MUHYIDDIN bersama para pelajar sekolah pada pelancaran program Susu UHT 1Malaysia di Putrajaya tahun lalu.


BALING – Orang ramai tidak perlu meragui status halal susu UHT 1Malaysia kerana ia mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, bekalan susu itu yang diimport dari Korea Selatan mempunyai sijil halal Jakim selain sijil negara pengeksport.

Muhyiddin berkata, bekalan susu untuk diedarkan ke sekolah-sekolah tidak mencukupi menyebabkan sebahagian daripadanya terpaksa diimport dari luar negara.

“Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu risau kerana Jakim terlebih dahulu mengeluarkan arahan agar syarikat pembekal susu ini memperoleh sijil halal sebelum membekalkannya,” katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik di Pulai di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran diminta mengulas dakwaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu berkenaan yang didakwa tidak mempunyai logo halal Jakim.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: