![]() |
| GELANG jam tangan Sprout diperbuat daripada kapas organik, langsung tidak menggunakan bahan kimia. |
PERNAHKAH anda terfikir apa cara yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan alam sekitar? Tahukah anda dengan hanya memakai jam tangan jenama Sprout sudah pun melaksanakan tanggungjawab itu.
Diperbuat daripada bahan-bahan seperti kristal, resin jagung, mutiara, buluh, kapas dan lain-lain. Jam Sprout menepati matlamatnya untuk pencinta alam sekitar.
Jam ini sebenarnya telah dilancarkan di Singapura khusus untuk pencinta alam sekitar. Ia direka khas dengan memikirkan segala impak alam walaupun impak yang kecil.
Bayangkan inovasi ini dimulakan dengan penggunaan resin jagung untuk bahagian buckle dan bekasnya 100 peratus tiada kesan minyak. Dan yang lebih penting bahan ini boleh dibiodegrasi dan tidak akan tersimpan lama dalam tanah.
Untuk bahagian kantanya pula diperbuat daripada kristal manakala bahagian jarum penunjuk diperbuat dari buluh.
Gelang jam tangan Sprout pula diperbuat daripada kapas organik dan juga resin jagung. Untuk pengetahuan anda kapas organik ini langsung tidak menggunakan bahan kimia.
Jadi untuk pencinta alam atau sesiapa sahaja yang mahukan sesuatu untuk membuktikan mereka mencintai alam ini, mulakanlah dengan memakai jam tangan Sprout yang boleh dimiliki daripada harga RM165 sahaja.
Untuk memilikinya sila ke kaunter Sprout yang terdapat di Tangs, Empire Level 1, Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: