Tuesday, May 17, 2011

Ibu tidak restu hubungan



Jika awal tahun ini, Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Fasha dihambat dengan kontroversi mengenai kisah putus cinta dengan kekasih hati, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli.

Terkini, pelakon yang sudah bergelar usahawan ini dilanda kontroversi lagi apabila dikatakan bakal menjalinkan hubungan semula dengan Jejai. Lebih menguatkan dakwaan apabila, Jejai dikhabarkan menghadiahkan Fasha seutas jam tangan mewah.

Hadiah yang amat berharga itu pastinya menjadi tanda untuk mengikat semula kasih di antara mereka. Namun sejauh manakah hubungan sebenar mereka, ia masih menjadi tanda tanya.

Sinar Harian mendapatkan ibu Fasha, Hatijah Teh Man atau lebih mesra dengan panggilan Mama bagi mendapatkan penjelasan mengenai status terkini Fasha ekoran kisah jam tangan tersebut.

“Sebetulnya mama tak mahu campur urusan Fasha lagi. Fasha sendiri tahu apa keputusan mama. Masih sama seperti dulu.

“Cuma mama tak faham mengapa ‘orang di sana’ (Jejai) masih mahu mendekati anak mama setelah apa yang telah berlaku. Itu sahaja yang boleh mama katakan,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Sinar Harian pernah melaporkan luahan ibu Fasha yang tidak senang dengan hubungan yang terjalin antara anaknya dan Jejai.

Sebagai ibu, beliau dapat merasai sesuatu yang tidak baik akan berlaku terhadap anaknya itu jika masih meneruskan hubungan dengan bekas suami Nora Danish itu.

Malah beliau juga tidak pernah merestui hubungan mereka dan mengharapkan agar Fasha dapat menemui jodoh yang benar-benar sesuai.

Sementara itu Fasha gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai perkara itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: