Thursday, May 26, 2011

Hargai bank dalam pembiayaan PKS



Lima institusi kewangan terkemuka telah menerima anugerah daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) baru-baru ini atas sumbangan besar yang diberikan terhadap pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi tahun 2010.

Penyampaian Anugerah Pendukung Utama IKS ke-16 yang berlangsung di Petaling Jaya itu telah disempurnakan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim.

Maybank, Standard Chartered Bank, Public Bank dan United Overseas Bank berjaya raih anugerah bagi kategori Bank Komersil sementara

Maybank Islamic muncul sebagai pemenang bagi Kategori Bank Islam.

Pada majlis itu, Maybank turut merangkul anugerah Rakan Kewangan Terbaik bagi menghargai sokongan padu serta sumbangan besar bank tersebut kepada kualiti aset CGC.

Selain itu, CGC juga memperkenalkan Anugerah Pendukung Utama IKS Bumiputera yang dimenangi oleh Maybank bagi menyahut seruan kerajaan untuk menambahkan kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera melalui penyertaan institusi-institusi kewangan di dalam skim-skim jaminan CGC.

Maybank telah menyumbang sebanyak RM713 juta bersamaan 28.5 peratus daripada jumlah jaminan pinjaman CGC bernilai RM2.5 bilion pada tahun 2010.

Jumlah keseluruhan sumbangan kelima-lima penerima anugerah adalah 44 peratus atau RM1.1 bilion.

Pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2010, CGC telah mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM15.6 juta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: