![]() |
| KOLEKSI beg tangan Michelangelo dicipta daripada kulit yang lembut dengan kemasan dalaman mewah. Tas clucth pula sesuai mememenuhi cita rasa wanita pesona eksotik. |
BAYANGKAN anda berjalan melalui bahagian hadapan sebuah butik yang dihiasi dinding kaca. Anda nampak refleksi diri anda di situ yang anggun dan elegan dengan beg tangan.
Bagi wanita yang arif bergaya dengan cita rasa tersendiri, beg tangan bukanlah aksesori semata-mata. Ia sebahagian penting identiti dirinya.
Diinspirasi oleh Michelangelo, artis agung zaman Renaissance, beg tangan kulit mewah Michelangelo dari Milan bertatahkan kristal Swarovski dicipta untuk wanita anggun dan berani tampil melangkaui trend fesyen yang sentiasa berubah.
Dibawakan kepada anda secara eksklusif oleh Oriental Links di Bangsar Shopping Centre, beg tangan kulit bergaya ini dihiasi warna anggun dengan reka bentuk menarik, pasti membuatkan yang lain menoleh tidak kira apa jua majlis.
Dicipta daripada kulit yang lembut, kemasan dalaman mewah, teliti dan rapi, setiap beg menampilkan 'kejutan' tersendiri bagi pemakainya dengan fungsi luar jangkaan.
Ia termasuk rantai hiasan dengan charm yang boleh digunakan sebagai rantai tangan, beg kecil berbentuk ikan yang boleh dicabut menjadi beg syiling, serta beg kecil yang boleh ditukar menjadi beg sandang.
Lampu kecil bersaiz duit syiling turut disertakan di poket bahagian dalam beg bagi membantu anda mencari 'harta karun' di dalam beg anda. Tidak perlulah teraba-raba mencari gincu atau kunci kereta lagi.
Untuk wanita moden berkerjaya, beg Michelangelo dengan pilihan warna hitam, krim dan gangsa adalah penyeri pakaian pejabat anda. Dipersembahkan dengan reka bentuk ranggi tersendiri Michelangelo bertatahkan gemerlapan kristal Swarovski, beg tangan anggun dan menyerlah ini sesuai digayakan sama ada untuk makan tengah hari bersama klien sehinggalah ke mesyuarat rasmi.
Ingin menyerlah apabila keluar malam bersama rakan-rakan? Tonjolkan diri anda dengan beg clutch Michelangelo yang bergaya. Sebahagian daripada beg clutch ini dilengkapi pemegang yang boleh ditukar gaya sebagai rantai leher. Dipadankan dengan print dress atau baju leher kutang kasual, beg clutch Michelangelo yang direka indah dengan teliti adalah sesuai untuk wanita dengan pesona eksotik misteri.
Untuk membeli-belah hujung minggu bersama rakan, bag tote yang lebih besar dengan pemegang yang panjang dan kukuh membolehkan anda bergaya dengan selesa. Kulit selembut baldu dibentuk rapi menimbulkan rasa mewah apabila disentuh dengan hujung jari, kemasan luar jangkaan seperti sulaman berbentuk pepatung dan corak kristal menghasilkan rekaan yang moden dan menyerlah.
Manjakan naluri cita rasa gaya tersendiri anda dengan pelbagai rekaan dan warna dari dompet dan tas Michelangelo yang melengkapkan gaya beg tangan Michelangelo anda dengan sempurna. Ciri unik seperti bahagian untuk kad SIM menunjukkan ketelitian pereka Itali terhadap kemasan dan fungsi. Daripada rekaan penuh keranggian tersendiri hingga anggun bergaya, anda akan menjadi rambang mata dengan pilihan pelbagai motif, bentuk, saiz dan tema warna untuk dipadankan dengan mana-mana pakaian dan majlis.
Rangkaian produk Michelangelo terdiri daripada beg, dompet, tas, beg kecil, pemegang iPod dan iPad dengan harga dari RM300 hingga RM5,000. Koleksi ini boleh didapati di butik Oriental Links di F13, 1st Floor, East Wing, Bangsar Shopping Centre di Jalan Maarof, Kuala Lumpur dan beberapa booth terpilih di Parkson Department Stores di pusat beli-belah Pavillion dan Suria KLCC. Untuk wanita dengan cita rasa gaya tersendiri dan meminati barangan kulit berkualiti, beg tangan dan aksesori berkualiti Michelangelo adalah pilihan pasti untuk bekerja, bersuka-ria dan apa-apa majlis.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: