
Drama yang diterajui Lee Min Ho sebagai pelakon utama di samping Park Min Young ini dijangka mencetuskan fenomena dalam kalangan penggemar drama.
Penerbitnya, Jin Hyeok yang pernah terlibat dalam drama popular seperti Painter of The Wind dan Prosecutor Princess melahirkan keyakinannya terhadap City Hunter.
Apatah lagi, Jin Hyeok meletakkan harapan tinggi terhadap barisan artis terkenal masa kini yang menjayakan drama 20 episod itu.
“Sebelum memulakan penggambaran, saya telah meluangkan masa dengan pelakon terbabit bagi menilai mereka.
“Pemilihan Min Ho amat tepat kerana mempunyai karakternya yang baik dan kadang kala ‘rumit’, sesuai dengan wataknya sebagai pegawai kepada Presiden dalam drama ini,” katanya.
Sementara itu, Min Ho yang selama ini terkenal dengan drama romantik seperti Boys Over Flower menunjukkan kelainan dalam drama terbarunya ini.
Dia bukan saja perlu mempelajari seni mempertahankan diri judo, malah melakonkan banyak aksi sehingga mengalami luka kecil.
Baru-baru ini, Min Ho mengagumkan pihak produksi apabila tidak kekok mengendalikan senjata dalam satu babak.
Drama yang diadaptasi daripada komik Jepun popular ini mengisahkan Kim Nana (Park Min Young), seorang bekas atlet judo yang bekerja sebagai pengawal peribadi di pejabat Presiden.
Dia terjebak dengan cinta tiga segi dengan Lee Yoon Sung (Lee Min Ho) iaitu pegawai kepada Presiden dan Kim Yoong Su (Lee Joon Hyuk), seorang pendakwa raya.
APA KATA PELAKON?
Lee Min Ho
“Drama ini sangat menarik dan ada keaslian pada jalan ceritanya. Saya menerima tawaran ini kerana tertarik dengan karakter yang diberikan. Drama ini penuh dengan aksi dan yang paling utama ada nilai ‘kasih sayang’. Saya juga suka digandingkan dengan Park Min Young.”
Park Min Young
“Kerana drama ini berkonsepkan komik [City Hunter] yang sangat popular di Korea, maka saya berusaha untuk menghayati karakter ini dengan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama, saya juga tidak mahu terlalu dipengaruhi dengan watak asal. Saya harap drama ini dapat memberikan semangat yang baru kepada semua penduduk Jepun yang baru sahaja berdepan dengan musibah gempa bumi.”
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: