Monday, May 16, 2011

Daftar segera, tempat terhad

KUALA LUMPUR - Pasukan-pasukan futsal di seluruh negara yang masih belum mendaftar untuk menyertai kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang akan berlangsung di Putrajaya pada 26 hingga 29 Mei ini masih berpeluang untuk berbuat demikian.

Pendaftaran untuk semua kategori terutamanya Terbuka Lelaki serta Larut Malam masih dibuka dan semua pasukan yang ingin menyertai kategori tersebut boleh mendaftar selewat-lewatnya pada 19 Mei ini.

Tinggal tiga hari lagi untuk membuat pendaftaran.

Seorang jurucakap kejohanan memberitahu, semua pengurus pasukan dinasihatkan supaya mendaftar dan membuat bayaran pasukan masing-masing secepat mungkin bagi menjamin tempat mereka dalam kejohanan itu.

"Kita mengalu-alukan semua pasukan meliputi kelab-kelab, syarikat-syarikat korporat atau pasukan persendirian untuk merasai kehangatan dan cabaran kejohanan futsal berprestij ini di Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, pengurus-pengurus pasukan futsal yang telah mendaftar untuk kategori Terbuka Lelaki dan Larut Malam juga dibenarkan membentuk pasukan lain untuk bertanding dalam kategori Rentap Superstar yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM80,000.

Bagi kategori itu, setiap pasukan dibenarkan untuk menampilkan dua pemain kebangsaan dan dua pemain asing untuk menyertai pasukan mereka.

Setiap pasukan yang didaftarkan untuk kategori Rentap Superstar juga dibenarkan mengambil pemain negeri dan Liga Futsal Felda tanpa had.

Yuran penyertaan untuk kategori tersebut hanya RM150 bagi setiap pasukan.

Sementara itu, pendaftaran bagi kategori Lelaki Bawah 12 tahun antara yang paling mendapat sambutan.

"Proses pendaftaran bagi kategori ini (Lelaki Bawah 12) sangat pantas.

"Kategori ini mendapat sambutan kerana banyak pasukan ingin mengambil peluang untuk menimba pengalaman dengan menyertai kejohanan besar seperti Rentap Futsal Putrajaya," katanya.



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: