Thursday, May 26, 2011

Cubaan perdaya 1,000 tetamu


ANGGOTA penguat kuasa merampas kain rentang pada majlis anjuran sebuah kumpulan yang menyebar ajaran Syiah di Taman Sri Gombak, Batu Caves kelmarin.


SHAH ALAM – Kira-kira 1,000 tetamu dipercayai telah dijemput bagi menghadiri majlis anjuran kumpulan ajaran Syiah yang diserbu pihak berkuasa di Gombak, Batu Caves kelmarin.

Selain ahli-ahli kumpulan itu, turut dijemput ialah golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Bagaimanapun, majlis itu hanya dihadiri oleh kira-kira 150 tetamu.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin (gambar), tetamu OKU tersebut datang dengan menaiki sebuah bas, namun mereka tidak mengetahui latar belakang majlis itu.

“Ini kerana kumpulan tersebut berselindung di sebalik majlis kesenian yang bertema Wanita Dalam Penyelesaian Masalah Global dan Pencapaian Keamanan Sejagat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: