Tuesday, May 17, 2011

Boyz ‘A’ FC dari Pulau Pinang teruja beraksi di Putrajaya

PEMAIN-PEMAIN pasukan Boz ‘A’ FC (jersi putih) mencuba nasib untuk merebut juara kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 di Putrajaya dari 26 hingga 29 Mei ini.

BUKIT MERTAJAM – Gelaran juara pertandingan Futsal Generasi Muda Risda 2011 Pulau Pinang menyuntik semangat kepada pasukan Boyz ‘A’ FC dari daerah ini untuk mencuba nasib pada kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 dari 26 hingga 29 Mei ini

Walaupun pasukan itu belum pernah beraksi di Lembah Klang namun pasukan bimbingan Zahid Osman itu tidak gentar untuk bersaing dengan pasukan-pasukan lain yang lebih hebat dan berpengalaman.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Gelanggang Sports Planet Safira Seberang Jaya baru-baru ini, pasukan itu menewaskan lawannya, Bronko dari Seberang Perai Selatan dengan keputusan 3-0.

Menurut beliau, sebelum ini pemain pasukan itu pernah menyuarakan cadangan untuk bertanding di kejohanan berskala besar untuk mendapat lebih banyak pengalaman dan mereka melihat kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! sebagai platform yang sesuai.

“Kami yang akan bertarung bagi kategori Terbuka Lelaki tidak meletakkan harapan tinggi tapi tidak salah kalau ingin mencuba nasib kerana siapa tahu, mungkin ada rezeki kami di sana nanti,” ujarnya.

Sebagai persiapan, Zahid berkata, pemain pasukan itu kini giat berlatih setiap petang di Gelanggang Sports Planet Safira Seberang Jaya di sini bagi menajamkan lagi skil permainan dengan memberi tumpuan di bahagian serangan.

Sementara itu, Boyz ‘A’ FC merancang mengadakan beberapa perlawanan persahabatan termasuk dengan pasukan yang bakal bersaing dalam kejohanan itu sebagai persediaan terakhir sebelum melangkah ke Putrajaya.

“Perlawanan persahabatan itu penting untuk mengukur kemampuan sebenar pasukan serta memperbaiki kelemahan setiap pemain menjelang kejohanan tersebut,” ujarnya.

Kategori Belia Veteran diperkenalkan

Komme bawa semangat juang Pahlawan Tok Gajah

PASUKAN Komme yang akan bertanding bagi kategori Larut Malam membawa semangat juang Pahlawan Tok Gajah

KUALA LUMPUR – Pasukan Komme berhasrat untuk membawa pulang gelaran juara dalam kategori Lelaki Larut Malam dan hadiah bernilai RM20,000 ke Jerantut, Pahang pada kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! 2011 pada 26 hingga 29 Mei ini.

Wakil pasukan itu, Ahmad Shukran Mohammed berkata, pasukannya akan bekerja keras untuk membawa pulang hadiah tersebut ke kampung halaman mereka buat kali pertama.

Menurutnya, walaupun pemain-pemain pasukan itu tidak sehebat pasukan-pasukan lain tetapi setiap pemain Komme mempunyai semangat juang Tok Gajah, pahlawan Pahang dari Jerantut.

“Kami berazam untuk membawa pulang kemenangan ini ke kampung halaman dan pastinya untuk membanggakan penduduk Jerantut.

“Biarpun ini merupakan kali pertama kami beraksi di luar negeri Pahang, semangat kuat berpasukan yang akan ditunjukkan diharap dapat mengegarkan Putrajaya nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, pasukan tersebut ditubuhkan sejak dua tahun lalu dan kesemua pemain sebelum ini menetap di luar Pahang namun kini kembali berkhidmat ke kampung halaman sendiri.

“Penubuhan pasukan Komme ini juga menunjukkan semangat kecintaan kami kepada negeri Pahang,” katanya lagi.

Beliau memberitahu, Komme adalah bahasa dialek negeri Pahang yang bermaksud ‘kami’ dan pemilihan nama itu bersesuaian dengan semangat kerjasama pemain pasukan Komme.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: