
MENYAMBUT kedatangan musim bunga/panas tahun ini pastinya sesuatu yang mengujakan penggemar fesyen. Apatah lagi dalam kalangan mereka yang mahu melengkapkan beg pakaian dengan koleksi busana yang menepati cita rasa percutian.
Warna biru, misalnya, membawakan elemen segar dalam setiap rekaan dan emosi si pemakai. Apatah lagi, pada musim ini Le Ann Maxima menawarkan pelbagai cetakan, warna-warna asas dan akuatik yang hampir dengan warna-warna semula jadi.
Musim bunga/panas begitu sinonim dengan air yang mempunyai efek pendingin yang mengimbangkan angin sepoi-sepoi musim bunga dan kehangatan musim panas.
Percutian ke pantai iklim tropika memberi ilham kepada jenama Le Ann Maxima untuk memenuhi keperluan itu dengan koleksi musim bunga/panas dengan rekaan-rekaan terkini.
Dres labuh dan pendek, denim, kemeja, blaus, aksesori sepadan dan jaket merupakan pertaruhan Le Ann Maxima untuk wanita-wanita yang mahukan percutian penuh bergaya.
Sempena pelancaran koleksi pakaian tersebut di butik Le Ann Maxima di Jaya One, Petaling Jaya baru-baru ini, Le Ann Maxima menampilkan tiga orang selebriti yang menjalani rutin hidup yang sibuk tetapi mahukan percutian penuh bermakna.
Mereka ialah Corianne Adrienne, Megan Tan dan Isma Hanum Husein. Wanita-wanita itu menunjukkan betapa pentingnya mengimbangkan antara kerjaya dan kehidupan serta sebab mereka memilih busana musim bunga/panas Le Ann Maxima.

Pelakon Isma Hanum pada sidang media memberitahu, dia diperkenalkan dengan jenama itu ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama.
“Selepas mencuba jenama ini, saya terus menggemarinya dan masih mengikuti perkembangannya dengan rekaan-rekaan terkini.
“Tema koleksi musim bunga/panas tahun ini iaitu underwater sesuai dengan mereka yang sukakan warna-warna lembut seperti biru,” katanya.
Corianne yang baru dikurniakan cahaya mata pertama pula tercari-cari jenama dari Eropah yang lazimnya direka untuk wanita bertubuh tinggi lampai.
“Saya suka jenama Le Ann Maxima terutama dres labuh yang kelihatan feminin dan anggun,” jelasnya.
Sementara itu, hos rancangan Quikie di TV8, Megan Tan pula tertarik dengan rekaan ringkas, selesa dan ringan daripada jenama Le Ann Maxima.
“Saya tertarik dengan koleksi Le Ann Maxima untuk musim bunga/panas tahun ini yang menampilkan warna biru yang juga warna kegemaran saya,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: