|
Erra Fazira dan Aaron Aziz dinamakan sebagai pelakon utama teater Badai Semalam di Istana Budaya yang akan dipentaskan pada 11 hingga 20 November depan. Berjayakan pasangan itu mengembalikan nostalgia kisah cinta era 60-an yang pernah menarik minat remaja itu? Novel tulisan Khadijah Hashim itu mengisahkan pasal percintaan dua darjat antara anak majikan dengan anak pembantu rumah. Fiem dulu-dulu banyak sekali membawakan tema itu, tapi kisah cinta hari ini semakin moden dan pelbagai gaya pengisiannya. ![]() Mazni dan Karim versi teater
Populariti Erra di pentas teater tidak boleh dinafikan apabila Muzikal Tun Mahathir lakonannya antara yang mendapat sambutan ramai. Aaron juga pernah mencuba nasib di pentas teater menerusi tetaer Muzikal Natrah arahan Erma Fatima. "Perjalanan hidup yang dilalui oleh Mazni dalam novel ini ada persamaan dengan perjalanan hidup saya dalam bidang seni. Karakternya sebagai seorang wanita yang kuat dan cekal mengejar cita-cita serta lalui rintangan dalam cinta. Semangat Mazni dalam novel ini dekat dengan saya," kata Erra. ![]() Antara pendokong watak penting dalam Badai Semalam. Novel itu pernah menjadi teks sekolah untuk pelajaran sastera sekolah menengah pada tahun 80-an. Badai Semalam banyak pengaruh dan pembacanya hari ini pasti mahu melihat adakah kisah yang pernah membuatkan mereka menitiskan air mata semasa membaca itu akan membawa impak yang sama. Sementelah Istana Budaya sendiri sudah lama tidak membawa teater realisme, sebab banyak sangat produksi yang memilih pendekatan muzikal. Badai Semalam semestinya ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Pada awalnya Badai Semalam dijadualkan pementasan pada Jun depan, tapi dek masalah tertentu termasuk jadual pelakon yang padat, ia terpaksa dianjak ke hujung tahun. Selaib mereka, Badai Semalam turut membariskan Umie Aida, Fizz Fairuz dan Ziela Jalil. Tiket menonton teater arahan Khairunazwan Rodzi dan skrip oleh Rahimidi Zahari ini dijual dengan harga daripada RM30 hingga RM300 dan boleh dibeli di Box Office, Istana Budaya, Jalan Tun Razak atau menerusi di www.ticket2u.biz. ![]() Kerap berganding dalam drama Astro. Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Daripada perasaan kasih jatuh kepada cinta. Walaupun banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana tidak bersetuju kerana malu apabila orang luar mula memperkatakan pasal maruah keluarga nanti. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri. Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang datang. Mazni terpaksa membahagikan masa antara keluarga dan pelajarannya. Karim mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Dia kembali dengan perangai lama yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku. |
Wednesday, May 25, 2011
Berjayakah Erra & Aaron jiwai notalgia Badai Semalam?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: