Saturday, May 21, 2011

Belia berbakat jadi usahawan dibantu


Ahmad Shabery (kanan) menyampaikan cenderamata kepada usahawan belia pada majlis perasmian Pasar Tani Chukai di Kemaman semalam.


KEMAMAN – Kementerian Belia dan Sukan akan membantu belia yang mempunyai bakat untuk menjadi usahawan dengan mengesyorkan nama-nama mereka kepada kementerian yang berkaitan untuk diberi bantuan dan bimbangan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberitahu, kebolehan dan minat yang dimiliki belia terlibat tidak patut disia-siakan dan cara terbaik adalah membantu mereka sehingga menjadi usahawan berjaya.

“Kita ada pegawai belia namun kita tidak dapat mengajar mereka mengenai keusahawanan sebab itu mereka perlu dilatih oleh pihak yang berkaitan (usahawan),” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Pasar Tani Chukai di sini semalam.

Pada majlis tersebut, seramai 21 usahawan belia yang berniaga di Pasar Tani Chukai diberikan cenderamata bagi menggalakkan usaha mereka.

Menurutnya, pembangunan belia dalam keusahawanan setakat ini dilihat sangat memberangsangkan dan ada di antara mereka menggunakan kreativiti untuk menghasilkan produk baru.

“Kita juga berbangga kerana setakat ini sudah ada seramai 15,830 usahawan belia yang dibimbing oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: