Saturday, May 21, 2011

Beli Vios dapat Altis


ISMET SUKI (lima dari kanan) bersama para pemenang peraduan New Year, New Drive, New Prize anjuran UMW Toyota.


TIGA individu bertuah masing-masing membawa pulang sebuah kenderaan jenama Toyota baru sempena peraduan New Year, New Drive, New Prize anjuran UMW Toyota Motor (UMW Toyota).

Peraduan tersebut diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2011 yang lalu. Para peserta perlu membuat tempahan atau pembelian kenderaan Toyota di antara tempoh 1 Januari sehingga 28 Februari 2011. Mereka kemudian perlu menjawab tiga soalan mudah berkaitan model-model keluaran Toyota.

Pemenang utama, Chan Huan Hian dari Kuala Lumpur membawa pulang sebuah Toyota Altis 2.0 (V), manakala hadiah tempat kedua yang berupa sebuah Toyota Vios TRD dimenangi oleh Nur Haslinda Yusof dari Sungai Petani, Kedah. Tempat ketiga milik Chan Guan Kien dari ibu negara dengan sebuah Toyota Avanza 1.5 (S).

Huan Hian mengakui dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kemenangannya itu. Sewaktu tempoh peraduan berlangsung, dia membeli sebuah model Vios 1.5G. Nur Haslinda dan Guan Kien pula menempah model Toyota Vios 1.5E dan Toyota Avanza 1.5G.

Selain itu, hadiah lumayan lain turut diberikan. Ini termasuklah percutian ke Jepun untuk lima pasangan, sepuluh unit televisyen LED Full HD Panasonic 42 inci dan 88 unit Apple IPad 3G 16GB.

Hadiah disampaikan oleh Presiden UMW Toyota, Ismet Suki. Hadir bersama ialah Pengarah Jualan Kenderaan Kumpulan UMW Toyota, Khong Man Cheong.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: