
KUALA LUMPUR – Bio Osmo Berhad (Bio Osmo), pengilang dan pengedar air minuman, mahu menjadikan tahun 2011 sebagai tahun penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai produk minuman berjenamanya, Arctic Ice di samping manfaat minumannya kepada para pelanggannya.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Sebastian Chang, Arctic Ice merupakan minuman tanpa alkohol yang meningkatkan aras tenaga dan kecergasan pengguna melalui ramuan berprestasi tinggi yang semula jadi, selamat, menyihatkan dan bebas daripada kandungan taurina.
“Arctic Ice dengan formulasi unik sesuai bagi mereka yang mementingkan gaya hidup sihat dan aktif kerana ia bukan sahaja memberikan kesegaran kepada badan tetapi juga peningkatan tenaga yang berterusan.
“Pendekatan kami juga agak berbeza daripada jenama minuman bertenaga lain di pasaran kerana Bio Osmo turut menyasarkan kepada golongan wanita dan remaja,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: