![]() |
| DUA anggota penguat kuasa memeriksa VCD dan DVD yang dirampas dalam operasi di Pasar Mundok, Pasir Mas semalam. |
KOTA BHARU - Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri Cawangan Kelantan dan Terengganu berjaya merampas 320 keping cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak dalam operasi bersepadu di Pasar Mundok, Pasir Mas dekat sini Khamis lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 9 pagi itu, sebanyak 120 keping DVD manakala selebihnya VCD pelbagai tajuk yang tidak mempunyai Sijil Perakuan B dianggarkan bernilai RM3,000 telah dirampas.
Penolong Pegawai Penguatkuasanya, Hamir Syafei berkata, gerai tersebut itu ditinggalkan kosong ketika diserbu dan pihaknya percaya penjaga atau pemiliknya baru sahaja melarikan diri.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: