Friday, April 15, 2011

Yasmin Hani dengan Shaarin ke?

Yasmin Hani

Baru-baru ini ada kawan Kita pergi ke sebuah pusat membeli belah di pusat bandar luar Kuala Lumpur. Adalah sesuatu yang nak dibelinya. Tiba-tiba matanya terpandang kelibat pasangan selebriti yang sangat dikenalinya.

Seorang pelakon muda yang lincah dan seorang lagi bekas pemain muzik yang juga bekas suami kepada pelakon terkenal. Siapa dia? Pasangan itu ialah pelakon Yasmin Hani dan Shaarin (Blackrose) bekas suami Ida Nerina.

Shaarin dengan Yasmin Hani pula ker?

Bila ternampak itu kawan Kita perhatilah gelagat mereka. Pada matanya pasangan itu nampak mesra sekali persis pasangan yang sedang menjalin hubungan mesra. Agaknya mereka sedang berkasih kut, demikian bisik hati kawan Kita tu.

Tak adalah apa-apa aksi yang menjolok mata yang mereka buat, tapi mereka kelihatan mesra sekali dan tak kisah bila orang sekeliling memerhatikan mereka.

"Pada mata aku mereka nampak macam pasangan bercinta," kata kawan Kita yang juga masih jumblo itu.

Tak kisahlah kalau benar mereka berkasih sekalipun sebab masing-masing tak ada ikatan. Hani masih solo dan Shaarin juga kembali solo selepas selesai kesnya dengan Ida yang sempatlah hangat tak lama dulu.

Kalau benarlah mereka sedang menjalin hubungan nampaknya Shaarin sering bersama artis. Yalah sebab duninya dunia seni, maka orang yang ditemuinya juga pastilah orang seni.

Tak tahulah kot-kot mereka ke sama sebab ada kerja atau ada orang lain lagi bersama-sama mereka. Manalah tahu mereka berjanji untuk bertemu kawan-kawan di sana kan?

Kita: Tak mahu pandang serong kepada sesiapa pun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: