HAZZRIE...perkukuh industri takaful insurans
SYARIKAT Takaful Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) akan melantik kira-kira 2,000 ejen jualan dan mewujudkan kira-kira 100 agensi peneraju di seluruh negara menjelang akhir tahun ini untuk terus bersaing dengan pengendali pasaran takaful insurans di negara ini.
Buat masa ini, pihaknya mempunyai kekuatan 1,000 ejen dan 70 agensi peneraju yang beroperasi memasarkan rangkaian produknya di seluruh negara sejak Mac tahun lalu.
Ketua Pembangunan Agensinya, Hazzrie Abu Bakar, berkata pihaknya mewujudkan rangkaian ejen dan agensinya bermula Mac tahun lalu bertujuan menggerakkan semua saluran pasaran yang ada bagi memperkukuhkan kedudukannya dalam industri takaful insurans di negara ini.
Beliau berkata, Takaful Malaysia adalah antara pengendali insurans takaful pertama di negara ini namun, menjadi yang terakhir membabitkan diri dalam pemasaran produk menggunakan ejen dan agensi.
“Bagaimanapun, kami percaya dengan rangkaian produk yang ada dan kekuatan yang dimiliki oleh setiap ejen dan agensi, Takaful Malaysia akan lebih dikenali pada masa depan,” katanya ketika ditemui di Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 (MSAM 2011) di Ipoh, Perak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: