Saturday, April 16, 2011

Saksikan kekentalan Siti Zubaidah



Selepas kehebatan muzikal Semerah Padi, Rawana dan Raja Bersiong, kini giliran naskhah ‘Siti Zubaidah’ dipentaskan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur City Center (KLCC).

Muzikal dipersembahkan Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) selama dua hari berturut-turut bermula 29 hingga 30 April ini.

Naskhah ini berdasarkan syair romantis cinta sejati dan pengorbanan serta diterjemahkan KSPP menjadi sebuah pementasan muzikal.

Mengisahkan kekentalan semangat Siti Zubaidah yang menyamar sebagai lelaki dan mengembara ke China demi menyelamatkan suaminya, Sultan Zainal Abidin yang teraniaya.

Persembahan ini bakal diarahkan Zahari Hamzah, yang juga bertindak sebagai penulis skrip. Koreografi diterajui Jefri Mokhtar dan Rozilah Abdul Rahman, manakala pengarah muzik adalah Azizi Abdul Rahman.

Bagi sebarang maklumat lanjut,

layari laman web www.dfp.com.my dan www.mpo.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: