
KUALA LUMPUR - Pemenang pusingan pertama peraduan Sembang Santai anjuran bersama syarikat pengurusan sisa pepejal Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) dan akhbar Kosmo! akan diumumkan minggu depan.
Eksekutif Pengurusan Jenama Kosmo!, Tajul Ariffin Arsad berkata, sehingga semalam, seramai 500 peserta yang menghantar jawapan tepat disenarai pendek untuk dipilih sebagai pemenang.
"Setakat ini, kita sudah memilih peserta dengan jawapan dan tagline Kosmo! yang betul.
"Selepas ini, pemilihan 18 orang pemenang pusingan pertama peraduan itu akan dipilih dan diumumkan secara rasmi minggu hadapan," katanya selepas selesai membuat senarai pendek peserta peraduan tersebut di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Kata beliau, pemenang yang dipilih akan diumumkan dalam surat yang dikirim menerusi pos pada minggu hadapan seperti yang dijadualkan.
Jelasnya, pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing memperolehi RM1,500 dan RM1,000.
Sementara itu, seramai 15 pemenang hadiah saguhati pula akan menerima hadiah wang tunai RM500 setiap satu.
dimana saya boleh dapatkan tagline sembang santai?
ReplyDelete