
Ketua Perkhidmatan Kewangan Penggunanya, Charles Sik berkata, langkah memperkenalkan kemudahan Pembiayaan Hartanah Luar Negara OCBC tepat pada masanya.
Ini kerana katanya, pelanggan dapat memanfaatkan kelebihan pinjaman berasaskan ringgit, tambahan pula harga hartanah London sememangnya memperlihatkan trend menaik sekali gus mengurangkan kesan risiko tukaran asing.
“Matlamat kami bagi produk pembiayaan adalah menawarkan seberapa banyak pinjaman khusus bagi pelanggan kami.
"Dengan memperkenalkan skim Pembiayaan Hartanah Luar Negara OCBC, pelanggan kini dapat melabur dalam hartanah London dengan ketenangan fikiran kerana mereka mengetahui kemudahan pinjaman disediakan dalam Ringgit (RM), justeru mengurangkan risiko kerugian tukaran asing,” katanya.
Kata Sik, nampaknya inilah masa yang paling sesuai untuk melabur dalam pasaran hartanah London. Selain daripada harga hartanah, London kekal sebagai salah satu pasaran paling popular bagi pelabur asing.
“Akhbar British The Telegraph baru-baru ini melaporkan kira-kira 60 negara melabur dalam hartanah mewah di London. Ini menunjukkan bahawa jika anda berurusan dengan pihak yang berkenaan, pasti ada pembeli apabila anda sedia untuk menjual,” katanya.
Sementara itu, Pakar Ekonomi Mata Wang OCBC Bank, Emmanuel Ng pula berpendapat, turun naik kadar tukaran menjadi faktor penentu apabila membuat keputusan membeli hartanah luar negara dan RM dijangka tetap kukuh berbanding GBP dari segi struktur.
“Malaysia terletak pada kedudukan yang kukuh dalam lingkungan pertumbuhan Asia dan RM disokong aliran modal masuk positif ke rantau ini serta suasana imbangan pembayaran yang positif.
"Nilai GBP walaupun dijangka semakin kukuh berbanding dolar berikutan unjuran dasar wang yang lebih ketat oleh Bank of England mungkin menyusut berbanding RM,” katanya.
Harga hartanah juga semakin stabil kebelakangan ini dan berasaskan harga Indeks Pusat Bandar Perdana London Knight Frank, harga hartanah perdana di London meningkat 1 peratus pada Februari lalu mencerminkan pertumbuhan tahunan 8 peratus.
Ini sekali gus menandakan peningkatan 24 peratus daripada paras terendah selepas krisis kredit pada Mac 2009. Namun, harga masih dua peratus lebih rendah daripada paras puncak pada Mac 2008.
Ramai pelabur kali pertama kurang arif peraturan dan undang-undang UK, khususnya peraturan cukai. Untuk membantu memudahkan proses membeli hartanah dengan mudah, OCBC Bank berganding bahu dengan broker hartanah, ejen penyewa, peguam UK dan jurunilai untuk menyediakan perkhidmatan penasihat yang berkaitan.
Kemudahan Pembiayaan Hartanah Luar Negara OCBC menawarkan margin pembiayaan sehingga 75 peratus dan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: