![]() |
| Johnson's baby Oil Lite tanpa rasa melekit untuk kelembapan berterusan. |
Kebanyakan wanita amat mengambil berat tentang aspek kelembapan kulit terutama ketika terdedah kepada cuaca melampau seperti terlalu panas atau sejuk.
Sememangnya kelembapan kulit kulit banyak hilang akibat faktor cuaca dan gaya hidup seperti kurang tidur, tidak minum air yang mencukupi dan merokok.
Keadaan itu menyebabkan kulit kering dan kurang keanjalan serta mudah berkedut
Bagi mengatasi masalah tersebut sesetengah wanita menggunakan minyak badan bayi yang sememangnya dirumus bagi mengekalkan kelembapan lebih lama bukan saja untuk bayi bahkan orang dewasa.
Bagaimanapun, idea menggunakan minyak badan bayi untuk melembapkan kulit mungkin tidak begitu popular kerana ia membuatkan rasa berminyak atau melekit, terutama apabila berpeluh.
Untuk itu Johnson's baby Oil Lite mengadakan cabaran pelanggan pada tahun lalu untuk mencabar pendapat atau tanggapan bahawa penggunaan minyak badan bayi menyebabkan rasa melekit.
Dalam cabaran tersebut, pelanggan diberikan Johnson's baby Oil Lite dan minyak badan zaitun jenama lain untuk disapukan pada tangan masing-masing tanpa diberitahu mengenai jenisnya.
Kertas penyerap minyak muka kemudiannya diletakkan pada setiap tangan untuk menguji sama ada terdapat sebarang baki minyak.
Seramai 4,450 wanita telah mengambil bahagian dan kebanyakan bersetuju bahawa Johnson's baby Oil Lite tidak melekit dan cepat menyerap ke dalam kulit.
Malah ramai wanita bersetuju bahawa produk tersebut membuat kulit berasa rasa lembut seperti kulit bayi.
Dalam pada itu cabaran Oil Lite akan diteruskan mulai 18 Mac hingga 1 Mei ini di beberapa pasar raya terpilih di seluruh negara.
Cabaran tersebut turut disertai beberapa acara menarik termasuk permainan interaktif yang menjanjikan hadiah istimewa.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: