![]() Ratnah menjelma hebat Ratnah tiba-tiba menunjukkan persembahan yang memberangsangkan dalam konsert liga ketiga kumpulan A Mentor 5, semalam. Setelah dua minggu berada di tangga ketiga, dia sudah naik satu anak tangga apabila memenangi persaingan minggu ini. Malah markah keseluruhan yang dipungut untuk minggu ini adalah markah tertinggi berbanding markah yang dimenangi Shiha yang berada di atas selama dua minggu. Pengkritik tetap, Datuk Ramli MS melihatnya sebagai satu persaingan sihat yang patut dicontohi semua peserta.
![]() Shiha duet dengan Salih Yaacob. Ratnah mengumpul 76 mata kali ini setelah hanya masing-masing 40 dan 38 mata pada minggu-minggu terdahulu. Ratnah dan Afdlin kelihatan sangat gembira sehingga tidak dapat menahan air mata kegembiraan. "Saya akui kelemahan Ratnah dari segi vokal sebab itu kami menggunakan khidmat guru vokal Siti Hajar sejak dua minggu lalu. Saya lihat kelebihan Ratnah yang pandai menari, sebab itu saya tampilkan kelebihan itu dalam persembahan kali ini. "Bila dia dapat meningkatkan kemampuan vokal dan ditambah cabaran besar menari sambil menyanyi, dia akhirnya dapat memuaskan hati semua orang dan berjaya kali ini. Saya juga tercabar apabila rasa bagai dipijak-pijak dalam minggu-minggu sebelum ini," kata Afdlin. Ratnah menyanyikan rangkaian lagu-lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi dan Kesal secara solo dengan menampilkan konsep persembahan muzikal. Dia juga berduet dengan One Nation Emcees dengan lagu Raja Gelek dan Cik Mek Molek. Ratnah akui kali ini dia lebih bersemangat untuk membuktikan kebolehan dan bekerja keras ke arah itu. Itulah jawapan mengapa air matanya tumpah apabila diumumkan mendapat mata penuh daripada undian penonton di studio. Protege Datuk Sharifah Aini, Shiha bukanlah merosot persembahannya. Mata yang dipungut konsisten berbanding dua persembahan lalu dengan mata 64, 63 dan 63 (minggu ini). Shiha masih mengungguli saingan kumpulan A dengan 190 mata diikuti Ratnah 154. Ayish pula kumpul 148 mata. Kena kejar Salma ![]() Ramli MS "Mereka kena letakkan sasaran mengejar Salma. Dengan itu mereka kena kerja keras. Saya akui mutu persembahan Salma jauh meninggalkan peserta lain. Saya mahu lihat semua orang menunjukkan keinginan untuk mengejar dan memberipersembahan yang terbaik. "Sebelum ini saya nampak Shiha yang ada peluang menyaingi Salma. Minggu ini saya dah nampak Ratnah yang menunjukkan persembahan yang sangat bagus," kata Ramli semasa ditemui selepas selesai persembahan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor. Noh dan protegenya Ayish tidak mahu menjadikan kemeroso ![]() Ayish janji mahu bangkit. Nampaknya dua peserta lelaki dalam Mentor kali ini dibayangi oleh kehebatan vokal peserta wanita. Kalau sebelum dulu Salma dan Shiha disebut-sebut berpeluang cerah ke final, nama Ratnah pula turut dipandang kali ini. Iqa (protege Edry KRU) juga dilihat ada peluang kalau dapat meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa. Mentor 5 semakin menarik perhatian peminat apabila konsep saingan liga semakin rapat dengan peminat. Walaupun hanya 30 peratus undian penonton, ia juga turut memberi kesan kerana penonton program itu lebih bijak meninai vokal seseorang peserta. Sama ada mentornya memiliki nama besar atau sebeliknya, pada hujung cerita, mereka tetap memilih protege yang mempunyai vokal yang kuat. Sebab itulah Salma dilihat selesa kerana kemampuan vokal miliknya belum ada pada mana-mana penyanyi lain. Begitu juga dengan Shiha dan bintang baru Ratnah. |
Tuesday, April 19, 2011
Mentor makin sengit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: