
Menurut Penerbit Konsert Untukmu Loloq, Den Wahab, pihaknya bersyukur dengan sambutan yang diterima dan berharap konsert ini dapat diadakan sekali lagi dalam masa terdekat ini.
“Kami sudah merancang untuk mengadakan konsert ini sekali lagi, malah ia turut dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Cuma kami mengharapkan ada penaja yang sudi untuk menyumbangkan dana yang besar untuk konsert ini dan sokongan yang padu dari peminat.
“Secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan konsert itu, artis yang terlibat juga menerima respons yang positif dari peminat. Malah, isteri Allahyarham juga mengakui terharu dengan usaha kami semua,” katanya kepada Sinar Harian.
Konsert yang diadakan khas untuk mengenang jasa penulis lirik, Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq yang meninggal dunia dua tahun lalu turut dihadiri Zahid Hamidi pada sesi prebiu 21 April lalu.
Konsert anjuran Global Network Entertainment Sdn Bhd menampilkan empat artis ternama negara iaitu Datuk M Nasir, Ramli Sarip, Ella dan kumpulan Spider menyampaikan 24 lagu yang liriknya ditulis oleh Loloq sendiri.
Aktor Hasnol Rahmat pula akan melakonkan watak Loloq menerusi segmen lakonan semula yang diselitkan dalam konsert berkenaan bersama Azrul Raja Lawak dan Azreen Mohd Nasir.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: