![]() |
| REKAAN T-Joue dengan konsep dua tona dan tema keanggunan 70-an menjadi pilihan untuk musim panas tahun ini. |
JENAMA T-Joue cukup terkenal sebagai pengeluar koleksi fesyen pakaian yang menggunakan kaedah pembuatan moden tetapi mengekalkan ciri kelembutan dan kecantikan yang didambakan setiap wanita.
Memahami naluri wanita yang gemarkan kecantikan dan penampilan menarik juga, T-Joue memperkenalkan hampir 30 koleksi terbarunya sempena Musim Panas 2011.
Setiap koleksi eksklusif musim itu direka bagi memenuhi keperluan dan kemahuan wanita merangkumi ciri kesederhanaan, keghairahan, keanggunan, kedudukan dan kualiti.
Menekankan kepada fesyen Mudah-Pakai dan Keanggunan 70-an, ia memfokuskan untuk menjadikan seseorang wanita kelihatan menawan dan merasa cantik.
Bagi koleksi itu, pereka-pereka T-Joue turut menggunakan dua tona dan corak untuk membangkitkan warna natural musim berkenaan yang sederhana, sesuai dengan tema jenama berkenaan iaitu 'kesederhanaan adalah kunci kepada keanggunan'.
Ditambah elemen kasual, klasik dan kontemporari, ia sesuai bagi golongan sasaran koleksi itu, antara 25 dan 35 tahun.
Semua koleksi yang cukup menawan dan elegan itu dipertontonkan pada acara Pertunjukan Fesyen T-Joue, Effortless Summer 2011 di Pusat Beli-Belah Mid Valley, baru-baru ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: