
Pada 2009, sejumlah RM17.4 bilion dibayar kepada pemegang polisi dan menurut perangkaan industri, tuntutan bersih dibayar dalam insurans am adalah RM5.07 bilion pada 2009 dan RM5.32 bilion pada 2010.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah (gambar) berkata, jumlah tuntutan besar yang dilaporkan menunjukkan betapa seriusnya industri insurans untuk membangunkan strategi dalam memenuhi keperluan perlindungan dan tuntutan yang sentiasa meningkat.
Dalam ucapan di Konvensyen Tuntutan Antarabangsa 2011 di Kuala Lumpur, beliau berkata, jumlah besar tuntutan tipu yang dilaporkan dan tidak dilaporkan juga meningkat kerana orang kini dilengkapi dengan pengetahuan dan teknologi untuk berbuat demikian.
“Dengan anggaran kasar 10 peratus tuntutan tipu daripada jumlah tuntutan setiap tahun, tekanan adalah tinggi bagi industri insurans Malaysia untuk mengawal keadaan,” katanya.
Beliau berkata, tema konvensyen 'Kelebihan Kompetitif menerusi Pengurusan Tuntutan Efektif' amat relevan terutamanya berkaitan dengan cabaran menguruskan tuntutan insurans.
“Industri insurans Malaysia terutamanya boleh menjangka dapat memulihkan momentum pada 2011 dan seterusnya, bahkam sekiranya dilengkapi dengan mekanisme yang sesuai, mereka bersedia menangani dan mengawal kerugian sekarang dan masa depan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: