Saturday, April 16, 2011

Honda lancar pusat 3S ke-59


HONDA komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggannya.


HONDA Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) secara rasminya mengumumkan AutoWorld Asia Sdn. Bhd. (AutoWorld Asia) sebagai pemilik pusat 3S Honda ke-59 di Sungai Buloh, Selangor.

Menjadi pusat 3S kesepuluh di Selangor, ia dirasmikan oleh Pengarah Urusan AutoWorld Asia, Datuk B. Bhaskaran Pillai serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Inisiatif pengembangan rangkaian pengedar dilihat sebagai komitmen Honda Malaysia untuk meneruskan polisi Kepuasan Pelanggan No. 1 di samping mahu memenuhi permintaan pasaran yang kian meningkat.

Sejak Honda Malaysia beroperasi pada tahun 2001, jualan di Selangor tumbuh lebih sepuluh kali ganda. Daripada 1,227 unit pada tahun 2002 kepada 10,034 unit pada tahun 2010. Selangor menyumbang 23 peratus daripada volum jualan keseluruhan iaitu sebanyak 44, 486 unit pada tahun lalu.

“Dengan pengenalan lebih banyak produk pada masa depan dan permintaan di Selangor mula menyamai pengedar di rangkaian lain, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk mengekalkan kualiti jualan dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan di sini,” kata Ueno.

“Kami berbangga apabila dilantik sebagai pengedar sah Honda. Apatah lagi Honda ialah antara jenama automotif yang cukup disegani di dunia. Honda juga sangat komited dalam membekalkan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan demi kepuasan pelanggan,” kata Bhaskaran Pillai.

Sehingga kini, sudah ada 59 pengedar Honda di seluruh negara dengan 56 daripadanya berstatus pusat 3S. Berminat untuk membuat temu janji dengan Autoworld Asia? Sila hubungi 03-6099 6888 (jualan) dan 03-6099 6999 (servis).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: