
JASIN – Sejak pukul 11.40 pagi semalam, ramai penduduk melihat seorang gadis yang berbaju dan berseluar hitam di sebuah perhentian bas di Kilometer 18, Serkam Darat berhadapan Pusat Kegiatan Masyarakat di sini.
Gadis yang berusia 23 tahun dari Serting, Negeri Sembilan itu, duduk dalam keadaan kepalanya terlangkup ke atas beg pakaian yang dibawa.
Namun begitu, sehingga pukul 2.30 petang, gadis yang bernama Nur Ain Mohd. Salleh langsung tidak berganjak dari tempat duduknya sehingga menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.
Ini menyebabkan, seorang peniaga berhampiran perhentian bas itu terkejut bila diberitahu seorang pekerjanya bahawa gadis tersebut telah meninggal dunia.
Daud Mat Said, 63, berkata, sejak pukul 11.40 pagi, dia melihat gadis itu menunggu bas tetapi masih terus berada di situ walaupun bas datang bersilih ganti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: