Monday, April 25, 2011

Daya hidup itik tinggi




Pengurusan
Pengurusan itik terbahagi kepada 3 peringkat iaitu: Peringkat perindukan bermula satu hingga dua minggu, peringkat umur tiga hingga empat minggu dan peringkat membesar dari lima hingga 13 minggu.

Peringkat perindukan (Brooding)

nTempoh perindukan anak itik pedaging dari umur sehari hingga dua minggu sangat penting dan memerlukan penjagaan yang sempurna.

nPada hari ketibaan anak itik dikira, ditimbang dan terus di masukkan ke dalam kepungan.

nAir minuman yang bercampur vitamin diberikan dengan segera. Suhu dalam reban ialah 35 darjah C diperlukan untuk minggu pertama dan dikurangkan setiap hari sehingga mencapai 27- 30 darjah C.

*Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkat awal.

*Palong minuman sebaiknya dilapik dengan dulang bagi mengurangkan kecah dan kelembapan sarap.

*Palong minum diletak berselang- seli dengan palong makanan keliling dalam kepungan.

*Bidai sekeliling reban dipasang bagi melindungi anak itik dari kesejukan dan mengawal suhu secara tetap dalam reban.

*Keadaan suhu dalam reban yang sesuai dan selesa dapat dilihat dengan memerhatikan kelakuan anak itik di dalam kepungan.

*Jika suhu terlalu sejuk anak itik akan berkumpul dan akan berhimpit- himpit di satu tempat.

*Jika terlalu panas anak itik akan berselerakan serta tercungap-cungap serta kepak yang terbuka.

*Haba perlu dibekalkan pada waktu pagi dan malam atau waktu hujan.

*Bidai mula dibuka secara beransur- ansur selepas dua minggu. Peringkat tiga hingga empat minggu, bidai di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat.

*Kepungan dan alat pemanas di keluarkan. Dulang makanan anak ditukar kepada palong panjang. Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet mula dicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya.

*Palong minuman kecil ditukar pada palong automatik kerana di peringkat ini itik mula minum dengan banyak.

Peringkat tumbesaran

*Peringkat membesar lima hingga 13 minggu, pada peringkat ini makanan dan minuman perlulah sentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat dan pengambilan makanan meningkat.

*Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban dibuka bagi membolehkan itik keluar ke ruang legar depan reban.

*Elakkan itik dari gangguan pengurusan dan (stres) tegasan iklim sehingga sampai waktu dipasarkan.

Pemakanan

*Bahan makanan itik tidak banyak beza dengan ayam. Itik dapat mencerna bahan makanan yang kasar dan satu kelebihan yang unik pada itik ialah boleh mencari makanan di dalam air.

*Makanan itik terdiri dari makanan permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 - 22 peratus (CP) protein kasar untuk anak itik berumur satu hari hingga 14 hari manakala makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi antara 16 dan 18 peratus CP diberi pada umur 15 hari hingga tujuh atau atau lapan minggu atau hingga dipasarkan.

*Kawalan dan Kesihatan Itik yang sihat menentukan keuntungan manakala pengurusan yang baik dapat mengawal kadar kematian di paras 3 % setiap kumpulan.

*Jika dalam keadaan stress terutama ketika berumur dua hingga tiga minggu itik akan patuk-mematuk (canabalism) sesama sendiri bahagian belakang dan bulu yang baru tumbuh.

*Untuk mencegah canabalism maka pemotongan paruh perlu dilakukan.

*Penyakit mata putih (white eye) adalah penyakit adalah disebabkan oleh virus dan sering menyerang anak itik.

*Kekurangan vitamin A akan mengurangkan daya tahan itik terhadap penyakit ini.

Rawatan

*titiskan zink sulfat (dua peratus %) pada mata dengan menggunakan natruim sulfasetamid (10 peratus).

*Makanan hijau boleh dibekalkan untuk mendapatkan vitamin A atau dengan memberi minyak ikan (satu dan dua peratus.

*Penyakit Salmonellosis disebabkan oleh Salmonella typhinatrium yang masuk melalui mulut dalam sisa makanan yang telah dihinggapi lalat. Rawatan: pemberian 57 gm (16% sulphademidine) dalam 4.5 liter air.

*Penyakit Cholera avian, juga di gelar kolera ayam disebabkan bakteria Pasteurella multocida adalah penyakit utama itik belaan dan telah menjadi satu masalah besar di sebahagian negara Asia.

*Penyakit ini dikaitkan dengan tahap kebersihan yang rendah dan air bertakung di dalam kandang/reban.

*Gejala penyakit ini termasuk hilang selera makan, keluarnya cecair dari mulut, cirit dan pada itik breeder(induk) kesukaran pernafasan. Memastikan kebersihan kandang/reban adalah pencegahan yang paling efektif.

*Rawatan termasuk memberi ubatan melalui makanan seperti Sulfadimethoxine-ormetoprim (0.02-0.04 peratus) dan Chlortetracycline (0.044 peratus).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: