|
Hazama dan Fina dibawa masuk sebagai pelajar baru Akademi Fantasia 9 (AF9) menggantikan tempat Amir dan Aida yang dibawa keluar kerana sebab yang difikirkan sesuai oleh pengetua dan tenaga pengajar program realiti itu melalui kejutan Operasi Gugur. Berjayakah Hazama dan Fina menarik perhatian penonton yang sudah selesa dengan pelajar sedia ada? Sejauhmanakah pula mutu kedua-dua mereka sehingga pihak produksi sedia membawa masuk? Kononnya ada kritikan yang diberikan oleh peminat bahawa ada segelintir pelajar AF9 yang tidak bersungguh-sungguh. Kerana itulah Operasi Gugur diperkenalkan. ![]() Berjayakah Hazama dan Fina? Sekali fikir, bunyinya macam ada perancangan membawanya masuk selepas mencecah usia 18 tahun. Tapi hanya pihak produksi yang tahu apa sahaja yang dilakukan oleh mereka. Namun banyak yang memuji vokal Fina dan sudah ada peminat yang mula menyukainya. Kalau kemasukan mereka bertujuan mahu memberi lebih perhatian terhadap AF9 yang belum nampak impak besar, kita kena tunggu dan lihat. Adakah sesuatu yang luar biasa bakal berlaku dalam konsert minggu ini dan minggu-minggu seterusnya. ![]() Ogy serius kerana mahu lihat pelajar bersungguh-sungguh. Fauziah naik angin apabila pelajar dilihatnya tidak mengambil kesempatan memilih lagu yang benar-benar menonjolkan kelebihan mereka apabila diberi peluang memilih sendiri lagu nyanyian pada konsert Operasi Gugur itu. Azri dilihat membuat pilihan lagu yang menonjolkan kekuatannya serta membuat persediaan sepenuhnya sebelum memulakan persembahan. Juri juga sepakat memuji Lena yang memiliki aura tersendiri walaupun sesekali nyanyiannya ada bunyi Ella ketika menyanyikan lagu Layar Impian. Hazama tak hadir uji bakat? ![]() Fir kini tumpu lakonan. ![]() Amir dan Aida kena balik. "Mungkin ada juri (pihak produksi) telefon suruh dia masuk... tak adil," kata penghantar komen dalam loghat Sarawak. Kalau benarlah komen peminat itu bahawa Hazama tidak hadir uji bakat, mereka ada sebab untuk mempertikaikannya. Memang Hazama pernah sampai ke peringkat Konsert Prelude musim ke empat dulu, tapi kalau dia tak hadir uji bakat AF9, bagaimana namanya tiba-tiba tersenarai. |
Tuesday, April 26, 2011
Berjayakah Hazama & Fina angkat AF9?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: