
Pengasas blog membeli belah atas talian, Shopperlicious ini berkata, ideanya untuk memulakan perniagaan ini timbul setelah ramai rakan yang memuji kasut yang dibeli dan mahu membeli kasut yang sama.
“Semuanya bermula dari suka-suka, puncanya apabila saya sukar untuk mendapatkan kasut yang menepati cita rasa. Jadi, timbul idea untuk menjual kasut mengikut cita rasa saya sendiri.
“Bermula dari seorang teman yang mula menegur kasut yang saya pakai dan mahu membeli kasut yang sama, berkembang kepada rakan sekerja sehinggalah kepada pelanggan atas talian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurut Zuliyana, antara keistimewaan produk dari Shopperlicious ini berbanding produk lain adalah tawaran koleksi kasut yang berkualiti, tahan lama, ringan dan menepati cita rasa pelanggan.
“Untuk kasut, kami lebih mengutamakan kepada dua jenis kasut iaitu kasut jenis 'wedges' dan 'pumps'. Jadi, pelanggan akan lebih senang ingat akan produk kami. Beg tangan juga eksklusif yang hanya menjual dalam kuantiti yang terhad,” katanya.
Perniagaan yang ditubuhkan sejak 2009 ini, hanya mempunyai sebuah butik dan ia adalah untuk pelanggan yang sudah membuat temu janji sahaja dan :seta:kat ini, produk yang ditawarkan di Shoperlicious adalah kasut dan beg tangan.
Zuliyana berkata, nama Shopperlicious didapatinya secara spontan yang turut menggambarkan bahawa aktiviti membeli belah adalah satu aktiviti yang ‘sedap’ dan menarik.
Mengulas mengenai pengalaman pahit dan manis yang ditempuh sepanjang menceburi perniagaan ini, Zuliyana berkata dia turut menghadapi kesukaran ketika baru menceburi bidang ini.
“Antara pengalaman pahit, saya pernah berniaga di bazara pabila tiada satu pun kasut saya yang terjual sewaktu mula-mula saya berniaga. Tetapi sekarang pelanggan sendiri mencari koleksi kasut saya.
“Pengalaman manis pula apabila tiba musim bulan puasa, seronok apabila ramai yang membeli berpasang kasut untuk hari raya, sehinggakan malam raya saya pernah membuat penghantaran di tepi jalan memandangkan pelanggan tetap mahu membeli kasut di saat akhir,” katanya.
Menurutnya lagi, sambutan yang diterima setakat ini menggalakkan dan jualan di Shopperlicious mengikut musim.
Zuliyana turut berhasrat untuk membuat penjenamaan sendiri dan memiliki cawangan di Pahang, Terengganu dan Kedah memandangkan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk pasaran kasut.
Selain itu, Zuliyana turut berhasrat untuk membuka kedai kasut di dalam pusat membeli belah dan memiliki cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: