Monday, April 25, 2011

Anne diserang strok minor?

Khabar angin mengaitkan kesihatan beberapa artis tanah air terus menjadi-jadi.

Baru-baru ini, kecoh seketika apabila bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani dikatakan meninggal dunia.

Bagaimanapun, Zamani tampil membuat penjelasan dia berada dalam keadaan sihat walafiat.

Kini, tiba giliran pelakon kecil molek, Nasriah Ngasri atau Anne menjadi mangsa apabila pelakon berusia 27 tahun itu dikatakan terkena serangan strok dan sedang terlantar di hospital.

Malah, ramai peminatnya meluahkan kesedihan dalam forum di internet dan berdoa agar pelakon kesayangan mereka itu cepat sembuh.

Namun, Anne yang dihubungi Sinar Harian nyata terkejut dengan perkhabaran itu.

“Saya mengakui kurang sihat kerana demam, namun berita saya diserang strok tidak benar sama sekali.

“Saya sendiri hairan bagaimana berita ini tersebar dan berharap peminat tidak mempercayainya,” katanya.

Anne yang sudah bercerai dengan bekas suaminya Abdul Wafi Hassan baru saja melahirkan anak ketiganya, Oktober tahun lalu.

Adik kepada pelakon Bell dan Darling ini masih aktif dalam bidang seni dan lakonan terbarunya dapat ditonton dalam drama Kurma Ajwa Untuk Najwa di stesen Al-Hijrah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: